Monday, May 31, 2010

Renungan~

pabila kita sibuk merayakan hari jadi

Mereka pula sibuk mengira siapa yang mati



Apabila kita sibuk makan dan mengira kalori

Mereka pula sibuk menunggu bekalan makanan yang tak tiba-tiba lagi



Apabila kita sibuk memikirkan hutang itu ini tak berbayar lagi

Mereka pula sibuk dituntut hutang darah yang bukan milik diri



Apabila kita sibuk membazirkan air di pili untuk mandi

Mereka pula sibuk bermandi air mata yang jatuh di pipi



Apabila kita sibuk berjoging bersenam mencantikkan body

Mereka pula sibuk berlari bertempiaran menyelamatkan diri



Apabila kita sibuk menangis kerana kekasih hati menjauh diri

Mereka pula sibuk meratapi hari-hari yang tiada pasti



Apabila kita sibuk melayan Facebook dari pagi

Mereka pula sibuk memikirkan masih adakah pagi untuk mereka esok hari



Maka, salahkan kita jika tak ambil peduli?

Kita kan sentiasa menyibukkan diri sendiri….




Renung2 kan n slamat beramal~

2 comments: