Monday, June 17, 2013

Kisah Bangkok #Taxi 1

Transport utama sepanjang kat Bangkok ni adalah taxi.


sebab taxi warna warni- pink bandung, merah, kuning jagung, hijau, biru, purple, oren. plus, taxi metre lg jimat. minus the fact kne ckp mcm ayam ngn itik. 

oleh sebab selalu sgt naik taxi, macam-macam lah kejadian yang berlaku. 

seram, kelakar, takut, sakit hati, rase nak terjun taxi, dan sebagainya. but mostly kelakar la bila igt balik. 

kisah by kisah 

*harap maklum, kisah yg diceritakan tidak mengikut aturan masa (timeline)

#Kisah kelakar + takut

Ok, one day, kami ni bercdng lah pergi Red Cross fair, sbb kwn suggest. So, nak pergi tu ambil taxi sbb da mlm, jauh jugak. Bukan main byk taxi, tapi xda yg nk hantar. sebab kami ckp pon diorg xpham. so, kami suh la kwan thai yg ckapkan dgn driver taxi. 

Lucky, dpat taxi slepas beberapa trial. 


maka bermulalah adegan yang seram (bila igt jadi kelakar)

Taxi driver ni terlebey peramah. Dia bole ckp English. ok, kira hebat lah tu. tp, yang xbest nya, bertubi2 soalan yg kami xbole nk jwab. 


1. Do u like pig?? 

"whatt???"

2. Can u drink beer??

"-______-"

3. Hey you!!! Do u have boyfriend?? Thaiboy? 

"errr...."

4.What u wear(tudung)?? do man wear same-same? 

"nope"

5.DO u like to go to pub?? 

@_@

6.Hey!! You!! You!! what ur name?

7. Do u eat dog? Lets eat dog! I saw Malaysia eat dog. 

(xtaw mne die tgok) 

"Lets go to pub!! No problemmm!!!"

sakonahon tol pak cik ni!


Sampai je trus trun, baya tros. xpandang blkng dah!. 

#kisah 2

............................................
"Weh, kau ni kenapa? Dia da tinggalkan kau kan. Kenapa kau nak nangis-nangis pulak ni? Ni bukan first time kan? banyak kali da aku cakap kat kau, jangan balik dengan dia tu semula. Kau degil."

Air mata mencurah-curah.

"kau nak makan ke tak? penat aku masak Maggi tom yum ni taw. Menangis je. Bukan kenyang!" sambil menghirup kuah tom yum.

Menarik sehelai tisu dan menyapu air mata.

"Dah la, malas aku nak layan. Lambat aku habiskan"

"Aku lapar la" tersedu-sedu

"Lapar makan. Bukan menangis!" 

Mencapai sudu di tangan aku dan menghirup kuah tom yum.

"Ek, eleh. Aku tak suruh kau nangis pon." Senyum kecil. Dalam hati "SPM pon tak lepas lagi. Sibuk nak bercinta bagai buat apa. Lepak sudah. kan senang hidup macam aku ni" 

"kau cakap apa?"

"hah???" melopong.. "Aku ada cakap apa-apa ke?" Aku cakap dalam hati je. macam mana bole dengar.

"Da kau mengomel je, mana aku faham" ketawa sambil tepuk bahu.

"weh, tersedak la aku!!"  reti pon senyum. Sebab lelaki nak muram-muram. menyampah aku. "Nasib baik la kau tengah sedih. kalau tak, aku da balas."  senyum.

.........................................

".................................., for Malaysian, welcome home"

"Welcome home love" bahuku ditepuk.

"Opocot!" eh, melatah plak.

Ketawa. Aku tersipu malu. "Xclass betul melatah macam tu" mengutuk diri sendiri.

"Laa, da sampai rupanya." tiba-tiba darah menyerbu ke muka.



Selepas mengutip semua luggage yang ada, menyorong troli dengan perasaan gundah. Di pintu ketibaan, emak, ayah dan sanak saudara melambai-lambai.

"Emak!! Ayah!!" lupa sekejap di hadapan orang ramai. Drama sungguh. Sanak saudara yang lain kebetulan menunggu pak cik pulang mengerjakan umrah. "jangan nak perasan semua orang nak tunggu kau lah" malu sendiri.


Tiba-tiba...




To be continue...



#sekecil-kecil udang geragau, pabila bersatu menjadi belacan. sedap!

#kisah 1

Hati berdebar.. sudah berbulan lamanya tidak menjejakkan kaki ke tanah air tercinta.  Meninjau ke luar tingkap Boeing 274, awan seindah gula-gula kapas. Putih seputih salju. Lautan luas seluas saujana.

"Agaknya, siapa yang akan menuggu di KLIA nanti?" soalan itu berlegar di minda.. air mata yang mula berlinang diseka.

"There is no place like home" Tanpa sedar, suara terluah dari bibir. Penumpang di sebelah menoleh.

"sorry?"

"oh, no no, I was talking to myself" tersipu malu.

"I guest you had been away from home for long time" senyumam yang mesra

"yes, I did. I miss everything about Malaysia" senyuman terukir.

"I'm surely someone special is waiting for you at the airport dear" senyuman itu makin lebar.

"I hope so" memaksa diri untuk senyum. "welcome to Malaysia, I guest you from Florida?"

"yeah, you're rite" ketawa kecil. "How do you know?"

"You're holding your passport" jelas tertulis United States of America di hadapan passport nya.

 "but, how you know exactly I'm from Florida?" kerutan halus di dahinya.

"I can read minds" membalas selamba.

"Really!!?" tersentak penumpang yang tidur di sebelahnya. Perempuan itu berpaling dan menyambung tidurnya. Mabuk udara mungkin.

Membalas dengan senyuman. Matanya pula terbeliak menanti jawapan.

"I'm just kidding, I stand besides you at the counter just now. I heard you" tawa kecil.

terhambur tawa di bibirnya. "Thanks dear, you make my day. I'm so clumsy" ketawa di bibirnya masih bersisa.

Ketawa kecil. Cukup sekadar menyembunyikan resah di hati.

"I think i disturb you dear, sorry" katanya.

"Hah??" kali ini, aku pula tersentak.

"You seem gloomy, sad. I think I talk too much" muka bersalah.

"Oh, no no. I just remember something" menutup galau perasaan

"I don't know your problem dear, but be truthful to yourself" senyuman manis di wajahnya.

kata-kata seorang yang tidak aku kenali menusuk perasaan. Senyuman terukir. Tanpa paksaan.

Dia tertawa kecil dan meminta izin untuk tidur supaya segar apabila menjejakkan kaki ke Malaysia buat kali pertama nanti.

Membuang pandangan ke luar tingkap.

"Love is a strength, Love is not a weakness" 

Merapatkan kelopak mata, mengetap bibir, mengharapkan air jernih itu tidak akan mengalir lagi.

Monday, May 20, 2013

Kisah aku dan anjing

Anjing adalah haiwan yang comel.. kan??


see... adorable sangat kan.. ^^, 

ok..itu anjing yang comel..dan dalam sangkar.. 

How bout anjing liar yang merayau-rayau? seriously, dekat Bangkok ni bersepah anjing. Ok, jujur lah..aku takut anjing..kecuali Tom (anjing dekat tempat aku stay, sebab dia asik tidur je, xkacau orang pun). Tapi kalau dia berlari aku takut jugak. Takut kena gigit. dah la kena gigit..nanti nak kena samak pulak..kan susah tu. 

Aku dekat Bangkok ni da 3bulan lebih.. 2bulan pertama aku mula xtakut anjing. sebab xda anjing kacau aku. boleh la lalu sebelah anjing tidur.. dah xtakut sangat. Tapi..sejak ada sorang kat lab aku kena gigit anjing, aku mula takut balik dengan anjing. Siapa xtakut kena gigit. Gigi anjing tu tajam kan.. luka besa pulak tu. Kesian sangat dengan orang yang kena gigit tu. Ok, sejak tu.. aku dah mula beware semula dengan anjing. Mata dah makin tajam nak tengok anjing dari jauh. 


Alkisah.. beberapa hari lepas, aku pergi makan.. lepas makan beli air, buah.. buat makan sambil jalan. dengan borak-borak lenggang kangkung lagi. Sampai dekat depan bangunan tempat solat, aku berhenti. sebab dekat depan aku ada seekor anjing. dia tengah jilat-jilat badan. aku nak jalan tapi takut. aku berhenti je depan dia. tiba-tiba die menyalak dan menyeringai. ok, this is the funny part.. 

LARIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ok..sambil lari air tumpah jugak dekat badan sendiri.. 

hahahahaha... lari berterabur sangat. dah xpandang kiri kanan.. yang penting lari. Nasib lah masa tu xda kereta lalu. kalau x, mungkin jugak kena tahan wad sebab kena langgar kereta. lepas je lintas jalan, aku capai sebatang kayu. confident gila lah anjing tu takut. 

tiba-tiba anjing tu menyalak, panggil kawan dia pulak. Kurang ajar punya anjing tempang. Ok, die xtakut sangat sebab die tempang..lari pun xlaju sangat. tapi kawan die warna coklat, besar lagi dan gagah. itu sangat takut.. 

kami menjerit kuat dah..tapi xda orang datang pun.. kesian. nak lintas jalan dekat situ Tempang tu tunggu. jadi nya..kami pun pusing lah jalan jauh. sangat kurang ajar tempang tu. 


ok, lepas je peristiwa tu.. anjing tidur pun aku takut. bunyi angin pon aku cepat-cepat paling takut anjing kejar. paranoid gila lah. 


hahaha.. kena cari tips untuk elak kena kejar anjing lah. 

Oh..baik sungguh.

pernah x jumpa orang yang terlebih baik? buat baik dengan anda tanpa ada sebab? 

Aku kenal seorang ni.. baik sangat kot. Never say no to others. Walaupon dia tengah susah..walaupon dia tengah ada kerja, walaupon dia tengah ada hal.. Dia tetap akan tolong. kadang-kadang tanpa perlu minta tolong pon. 


Aku xtahu kenapa dia baik sangat.. aku xbole lah orang baik sangat ni. Bila nak minta tolong rasa xsampai hati. Bila aku minta tolong dengan dia, dia tolong bersungguh-sungguh. lepas siap tolong ucap terima kasih lagi dekat aku. Ok, aku keliru jugak, siapa tolong siapa sebenarnya. 


Mungkin dia memang baik kot. Aku buat kerja memang tunggang langgang.. as undergraduate student, memang banyak perkara yang aku xtahu. So, aku akan minta tolong dia. Dia akan tolong dari mula sampai habis. Aku nak angkat barang pon dia tolong.. bukan barang berat pon. kalau aku buat salah masa experiment, dia akan fikirkan untuk aku. Aku tunggu jawapan je.  

Did that consider as taking advantage?? 

Walau apa pon, terima kasih banyak-banyak kepada beliau. :)
Banyak yang aku belajar dari dia. 


#Dia adalah seorang senior lab dekat sini :) 

Saturday, May 18, 2013

The time has arrived! Bangkok #2

31 Januari 2013

This is the day..

cuak, nervous, sedih, happy, stress, takut, excited [--,] celaru sangat perasaan masa tu.

semua barang ready dah nk berlepas.. mental je belum ready lagi.

encik travel agensi yang baik hati book tiket MAS untuk kami :) (thanks kak Dila and encik travel agensi)

maka pada tarikh yang berkenaan, kami ke Kuala Lumpur International Airport..


berbekalkan semangat dari insan-insan tersayang.. tabahkan hati untuk terus tersenyum (poyo giler...mcm xbalik terus..haha)


Thanks semua yang hantar ke airport :') 


.

Lepas je gate.. posing lagi ambil gambar.. 
Kredit to ayahanda tercinta 


No turning back! Good bye Malaysia.. kami akan pulang dengan Ilmu yang baru :) 


#memory sungguh masa tu :')


Preparation to Bangkok

Ok, untuk internship ni..agak stress jugak. macam2 kena prepare.. masa pulak singkat.

ceklist


  • Visa 
  • Passport
  • Dokumen berkaitan 
  • Mental.. ok, ini sangat penting
  • buku log, surat pengesahan bagai
  • barang-barang (6bulan lama kan)
  • makanan
  • dan segala perkara yang berkaitan

actually banyak lagi kena prepare.. xlarat lah nak listkan. 

But the most stressful thing to prepare is Visa! call sana sini, email lah.. surat hilang lah.. 
Lepas je Visa siap.. fuhhh..lega :D 

counting hari je nak gerak ke Bangkok. 

#teringat pulak sebelum flight ke Bangkok, dekat rumah xsenang duduk.. T_T